Tuesday, 22 November 2011

Takut nye bayar Bil Air

Question : How did the football cheerleader define hydrophobic on her chemistry exam?
Answer : Fear of utility bills.

CHI ALCHEMIST : Terjemahan terus istilah hydrophobic adalah fobia/takut air. Dalam kimia, istilah ni
merujuk kepada bahagian/kawasan dalam molekul (sebatian hidrokarbon) yang tidak tertarik dengan molekul air. Lagi banyak kawasan yang tiada daya tarikan dengan air, molekul tersebut semakin kurang larut dalam air. Contoh paling ringkas, cuba campurkan minyak dan air. Molekul minyak tidak larut dalam air kerana 'hydrophobic area' nya besar.

Kesimpulannya, hydrophobic bukannya bermaksud fobia takut bayar bil air hehe.... ;)

Sunday, 20 November 2011

SELAMAT KEMBALI KE KMK SEMESTER 2 2011/2012

Bercuti sudah,
2 minggu berlalu,
Kembali ke Kolej Matrikulasi Kedah,
Masa untuk study selalu.

Selamat Kembali ke KMK buat pelajar semester 2 ambilan 2011/2012 n_n

*Poster di edit menggunakan Adobe Photoshop
-Gambar di lasso (pelajar,pensyarah,bangunan,pintu gerbang,logo)
-Mix je semua layer and tambah text.

Chi Alchemist : Untuk amatur seperti Chi, buat masa sekarang, ini adalah hasil poster photoshop yang terbaekkkkk dari Chi..hihi...

Sunday, 13 November 2011

KMK AMAZE CHEMISTRY CONTEST 2011



      Program ini telah berlangsung  di Dewan Kuliah Bakawali 2 Kolej Matrikulasi Kedah. Pelajar yang terplih perlu mencipta satu inovasi eksperimen Kimia  bertujuan untuk meningkatkan daya inovatif  dan kreatif di kalangan pelajar Kimia. Justeru dengan adanya aktiviti ini dapat meningkatkan sikap pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar agar dapat memahami maksud dan konsep sebenar Kimia seterusnya dapat diaplikasikan di dalam dunia sebenar.
      Penyertaan adalah di kalangan  pelajar bagi setiap Kuliah untuk Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Sebanyak 13 kumpulan telah turut serta dan membuat inovasi dalam ekperimen mereka dan mempersembahkannya dengan mengaitkan konsep Kimia. Keputusan daripada program ini adalah seperti berikut;
      Johan              : Kuliah PDT B1          (Eksperimen  : An elephant Toothpaste)
      Naib Johan      : Kuliah PST Hayat 1 (Ekperimen     : Quick Sand)
      Ketiga              : Kuliah PST Fizikal 1 (Ekperimen     : Magic Coloured Milk )

       Pemenang mendapat hamper dan juga sijil penyertaan. Ketiga-tiga kumpulan yang telah berjaya menang tempat teratas dalam pertandingan ini telah terpilih untuk mempamerkan hasil eksperimen mereka semasa  Hari Program Matrikulasi Bersama Masyarakat  2011 yang lepas.
      Kesimpulannya, KMK AMAZE CHEM CONTEST  mampu memberikan kesan yang positif kepada para peserta. Daya fikir dan kreativiti peserta akan diuji dan teruji dengan pembentukan ekperimen yang berorientasikan konsep Kimia yang diinovasikan. Para peserta juga secara tidak langsung dapat mempuk semangat berpasukan ketika menyelesaikan tugasan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...