Sunday 23 October 2011

Masalah Dengan Tahi Lalat

One day on the Tonight Show, Jay Leno showed a classified add that read :
"Do you have mole problems? If so, call Avogadro at 602-1023."

Chi Alchemist : Hehe..kalau dalam dunia Kimia, Mole tu bukannya tahi lalat.
Istilah Mole merujuk kepada jumlah tertentu suatu bahan dalam 1 Mole.
Disebabkan atom/molekul/ion zarah yang tersangat halus dan tak terkira banyaknya,konsep ini digunakan untuk mewakili jumlah bahan tersebut, sama seperti istilah 1 Dozen mewakili 12 benda.
Dalam 1 Mole terdapat 6.02 x 1023 atom, molekul atau ion.
Angka ini dikenali sebagai Avogadro's number.




Wednesday 19 October 2011

Eksperimen di Makmal

 Situasi di sebuah makmal di sekolah XXX
A student comes into his lab class right at the end of the hour. Fearing he'll get an "F", he asks a fellow student what she's been doing.
"We've been observing water under the microscope. We're suppose to write up what we see."
The page of her notebook is filled with little figures resembling circles and ellipses with hair on them.
The panic-stricken student hears the bell go off, opens his notebook and writes, "During this laboratory, I examined water under the microscope and I saw twice as many H's as O's.

Chi Alchemist : Formula kimia untuk air adalah H20.Bermaksud 1 molekul air terdiri daripada nisbah 2 atom hidrogen (H) dan 1 atom oksigen (O). Dalam satu titisan air, berkemungkinan terdapat berbillion-billion molekul air (automatik bilangan H dan O juga super super banyak....) Dalam situasi di atas, nampak sangat student ni menipu..hehe..sebab..adalah mustahil untuk melihat hatta molekul air H20,atom H,atom O menerusi mikroskop berkuasa rendah di makmal sains sekolah.

Monday 17 October 2011

Artikel Jurnal : Peranan ICT dalam P&P Kimia

Berikut merupakan link artikel jurnal tersebut untuk dikongsi bersama-sama;
http://chem.sci.utsunomiya-u.ac.jp/v6n2/hollingworth/hollingworth.html
Chi Alchemist : Berdasarkan artikel tersebut, saya dapat membuat kesimpulan bahawa ICT memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjadikan pengajaran dan pembelajaran Kimia lebih menarik dan berkesan.
Antara peranan ICT tersebut adalah ; Akses kepada lautan maklumat di internet, Mempercepatkan pencarian maklumat, Perterjemahan antara bahasa semakin mudah, Aktiviti berkualiti tinggi (cth: live broadcasts of lectures, video-on-demand, and live experimentation in labs), Pembelajaran sepanjang hayat, Menyediakan latihan interaktif (Intelligent tutoring systems) dan sebagainya.
Saya juga berani mengatakan bahawa aplikasi ICT dalam Kimia menjadikan P&P subjek tersebut lebih efektif dan menyeronokkan. :)

Artikel Jurnal : ICT Dalam Pendidikan : Prospek dan Cabaran

Berikut merupakan link untuk artikel jurnal tersebut untuk dikongsi bersama-sama;
http://journalarticle.ukm.my/197/
Chi Alchemist : Dalam era globalisasi ini, pembangunan pendidikan mementingkan penguasaan ICT di kalangan pelajar. Perubahan harus berlaku dalam sistem P&P yang mana pendekatan konstruktivisme adalah digalakkan kerana dapat memupuk minat serta menggalakkan pelajar lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Satu kajian telah dilakukan untuk melihat kesan pencapaian ke atas pembelajaran subjek komputer yang diajar dengan kaedah pendekatan konstruktivisme berbanding dengan kaedah tradisional. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hasil tugasan pelajar yang diajar dengan kaedah konstruktivisme adalah lebih baik. Justeru, penyelidik mengesyorkan agar perubahan dibuat dalam sistem pedagogi agar konsisten dengan teori pembelajaran konstruktivisme. Penyelidikan yang menyeluruh dan berterusan juga perlu dibuat terhadap keberkesanan pendekatan konstruktivisme agar kesan pembudayaan ICT di kalangan generasi muda berlaku secara berkesan dan berpanjangan.

Friday 7 October 2011

Study Hard Study Smart Study Fun

CHI ALCHEMIST : Awal-awal belajar Kimia memang rasa sangat susah. Pening-pening lalat lepas belajar hehe... Tapi lama-lama kalau usaha bersungguh-sungguh dan strategi betul, boleh sajaa...Salah satu cara paling efektif, kaitkan konsep apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian kita. Hasilnya, sangat seronok dan mengujakan belajar Kimia ini.

Seronok belajar Kimia

SERONOK BELAJAR KIMIA 1
Optimists see the glass as half full.
Pessimists see the glass as half empty.
Chemists see the glass as half in liquid state, half in gaseous state.
(Konsep State of Matter : Air dalam gelas adalah contoh sistem yang terdiri daripada campuran air dalam fasa cecair dan wap air/gas)

SERONOK BELAJAR KIMIA 2
SERONOK BELAJAR KIMIA 3
What fruit contains Barium and double Sodium?
BaNaNa!
(Nama singkatan untuk Barium = Ba dan Sodium = Na . Maka,1 Ba tambah 2 Na menghasilkan BaNaNa )

CHI ALCHEMIST : Hhaha..Kimia best kan.. (n_n)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...