Question : How did the football cheerleader define hydrophobic on her chemistry exam?
Answer : Fear of utility bills.
CHI ALCHEMIST : Terjemahan terus istilah hydrophobic adalah fobia/takut air. Dalam kimia, istilah ni
merujuk kepada bahagian/kawasan dalam molekul (sebatian hidrokarbon) yang tidak tertarik dengan molekul air. Lagi banyak kawasan yang tiada daya tarikan dengan air, molekul tersebut semakin kurang larut dalam air. Contoh paling ringkas, cuba campurkan minyak dan air. Molekul minyak tidak larut dalam air kerana 'hydrophobic area' nya besar.
Kesimpulannya, hydrophobic bukannya bermaksud fobia takut bayar bil air hehe.... ;)
Tuesday, 22 November 2011
Sunday, 13 November 2011
KMK AMAZE CHEMISTRY CONTEST 2011
Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Bakawali 2 Kolej Matrikulasi Kedah. Pelajar yang terplih perlu mencipta satu inovasi eksperimen Kimia bertujuan untuk meningkatkan daya inovatif dan kreatif di kalangan pelajar Kimia. Justeru dengan adanya aktiviti ini dapat meningkatkan sikap pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar agar dapat memahami maksud dan konsep sebenar Kimia seterusnya dapat diaplikasikan di dalam dunia sebenar.
Penyertaan adalah di kalangan pelajar bagi setiap Kuliah untuk Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT). Sebanyak 13 kumpulan telah turut serta dan membuat inovasi dalam ekperimen mereka dan mempersembahkannya dengan mengaitkan konsep Kimia. Keputusan daripada program ini adalah seperti berikut;
Johan : Kuliah PDT B1 (Eksperimen : An elephant Toothpaste)
Naib Johan : Kuliah PST Hayat 1 (Ekperimen : Quick Sand)
Ketiga : Kuliah PST Fizikal 1 (Ekperimen : Magic Coloured Milk )
Pemenang mendapat hamper dan juga sijil penyertaan. Ketiga-tiga kumpulan yang telah berjaya menang tempat teratas dalam pertandingan ini telah terpilih untuk mempamerkan hasil eksperimen mereka semasa Hari Program Matrikulasi Bersama Masyarakat 2011 yang lepas.
Kesimpulannya, KMK AMAZE CHEM CONTEST mampu memberikan kesan yang positif kepada para peserta. Daya fikir dan kreativiti peserta akan diuji dan teruji dengan pembentukan ekperimen yang berorientasikan konsep Kimia yang diinovasikan. Para peserta juga secara tidak langsung dapat mempuk semangat berpasukan ketika menyelesaikan tugasan.
Subscribe to:
Posts (Atom)